Sunday, October 5, 2008

Inilah sukan Malaysia..

KURA-KURA NAIK PERAHU, PURA-PURA TAK TAHU?

Khabar gembira diterima apabila pemain bola sepak negara kita Zaquan dan Zafuan ditawar untuk beraksi di Liga Slovakia. Ini membuktikan masih ada pemain kita yang berada ditahap yang terbaik. Tetapi, tidak mujarab sekiranya hanya 2 orang sahaja dihantar. Ini kerana, kita bukan sahaja mahu kan pendedahan kepada para pemain, tetapi apa yang dimahukan adalah ilmu pengetahuan serta sistem yang diguna pakai oleh negara-negara eropah. Sekiranya segala aspek pengurusan dan teknikal dapat ditimba dari negara luar yang jauh lebih maju dari kita, maka suatu hari nanti pasti negara kita akan menjadi pasukan yang mampu memberikan saingan kepada dunia. Seperti ulasan daripada pemain negara kita iaitu Zaquan, beliau mengatakan bahawa beliau lebih cenderung untuk mendapatkan ilmu di Slovakia berbanding dengan di Malaysia. Bukan kerana gaji yang lumayan, tetapi corak persembahan dan ilmu bola sepak itu sendiri yang menyebabkan beliau dan abangnya mahu ke sana. Apa pun yang terjadi, negara kita bukan ketandusan ilmu dan kepakaran, tetapi ketandusan nilai-nilai sukan dan sikap setiap individu.

*Sumber daripada Utusan online ‘Slovakia lebih menarik-Zaquan’ 6 Oktober 2008

No comments: