Sunday, September 14, 2008

Majukan bola sepak!!!

MASIH ADA LAGI PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA YANG HEBAT DI ASIA

Walaupun Piala AFC tidak sehebat Piala-piala di Eropah, namun saingan pasukan-pasukan yang bertanding masih di tahap yang optima. Mana tidaknya pasukan-pasukan seluruh benua Asia bertanding merebut Piala yang paling berprestig bagi kelab-kelab di Asia. Persembahan permainan boleh dikatakan mirip-mirip pasukan-pasukan terhebat Eropah. Apa yang membanggakan adalah pasukan dari Malaysia iaitu Perak dan Kedah telah layak ke suku akhir kejohanan tersebut. Walaupun tidak diletakkan harapan untuk layak ke pusingan seterusnya, namun prestasi dan persembahan pasukan-pasukan ini sangat membanggakan. Pada perlawanan peringkat suku akhir nanti, mereka bakal bertemu dengan pasukan dari negara Arab iaitu Safa FC dari Lubnan dan Muharraq dari Bahrain. Perak akan melayan kunjungan Safa FC di Ipoh manakala Kedah akan berkunjung ke Bahrain. Apa yang diharapkan adalah para pemain tempatan dapat mempamerkan aksi yang terbaik dan bermutu demi maruah pasukan dan negara. Justeru, diharapakan agar pihak berwajib terutama FAM dapat memberikan tumpuan dan perhatian kepada pasukan-pasukan negeri ini agar kita dapat memartabatkan semula bola sepak negara kita. Semoga pasukan Perak dan Kedah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya dan menjadi juara baru di Asia hendaknya. Hidup bola sepak!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Perak ketepi kelebihan gelanggang sendiri’ 14 September 2008

Wednesday, September 10, 2008

Bidang sukan, bidang berwawasan!

ADAKAH BIDANG SUKAN ITU LUAS?

Sejarah telah tercipta apabila seorang pengadil futsal negara kita telah terpilih untuk mewakili Asia sebagai pengadil perlawanan futsal Piala Dunia di Brazil. Beliau adalah seorang anggota tentera yang berpangkat sarjan. Ini membuktikan bahawa bidang sukan bukanlah tertakluk hanya kepada persembahan permainan, tetapi meliputi semua aspek seperti teknikal, pengurusan, perundangan, kepakaran, penyelenggaraan, dan kejurulatihan. Pendapatan atau imbuhan yang ditawarkan juga bukannya sedikit. Sesetengah jawatan boleh memberikan pendapatan sehingga 5 angka sama seperti bidang-bidang kepakaran lain seperti kejuruteraan dan doktor. Oleh itu, sebagai pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, kita seharusnya merebut peluang yang lumayan berkaitan dengan bidang pengajian kita. Kitalah yang sepatutnya bakal menerajui bidang sukan negara kita agar setaraf dengan tahap antarabangsa. Kita seharusnya melakukan suatu anjakan paradigma supaya minda kita sentiasa berkembang untuk bidang sukan yang kita ceburi. Kita harus sentiasa berazam dan berharap agar suatu hari nanti pelajar-pelajar kita bakal menjadi seorang professional dalam bidang sukan seperti jurulatih, pengurus, pengadil, penyelidik sukan, teknikal sukan, dan jawatan-jawatan tinggi dalam bidang sukan seperti yang dibuktikan oleh Sarjan Badrul Hisham Kalam. Walaupun hanya berjawatan rendah di dalam perkhidmatan tentera, namun beliau menjadikan bidang sukan sebagai platform untuk menjadi seorang yang lebih professional dan berjaya. FSR maju 2020!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Badrul jadi pengadil Piala Dunia’ 11 September 2008

Saturday, September 6, 2008

Patah tak tumbuh lagi, hilang belum berganti?

NOMBOR SATU DUNIA HAMPIR JINAK

Prestasi Datuk Nicol David sememangnya sentisa berada ditahap yang tinggi dan optimis. Kedudukan beliau sebagai jaguh utama di dalam sukan skuasy memang tidak dapat disangkal. Namun, apa yang membimbangkan kita adalah pembangunan sukan negara kita tidak dapat membantu beliau ataupun mana-mana pemain pelapis untuk terus menguasai sukan tersebut. Hal ini dibuktikan apabila sekelip mata sahaja pemain-pamain eropah dan barat mampu menyaingi Datuk Nicol David dan hampir sahaja beliau kecundang. Bukan salah beliau kerana tidak mempamerkan prestasi yang tinggi, tetapi peningkatan sistem dan keadaan pembangunan fizikal pemain luar semakin cepat dan maju. Sekiranya negara kita tidak bertindak cepat dalam meneliti pembangunan sukan, maka akan terjadilah sekali lagi episod ‘Lagenda yang tiada pengganti’ seperti lagenda bola sepak kita Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Ini kerana, negara kita terlalu mengamalkan sistem bakat baru dan bukannya sistem pembangunan fizikal sukan seperti di negara luar. Justeru itu, kita seharusnya menyokong pembangunan sukan secara drastik dan optimis supaya negara kita tidak ketandusan jaguh dunia seperti Datuk Nicol David. Diharap beliau sentiasa berjaya di dalam lapangan sukan skuasy. Syabas!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Nicol nyaris dijinakkan Laura’ 7 September 2008