Wednesday, September 10, 2008

Bidang sukan, bidang berwawasan!

ADAKAH BIDANG SUKAN ITU LUAS?

Sejarah telah tercipta apabila seorang pengadil futsal negara kita telah terpilih untuk mewakili Asia sebagai pengadil perlawanan futsal Piala Dunia di Brazil. Beliau adalah seorang anggota tentera yang berpangkat sarjan. Ini membuktikan bahawa bidang sukan bukanlah tertakluk hanya kepada persembahan permainan, tetapi meliputi semua aspek seperti teknikal, pengurusan, perundangan, kepakaran, penyelenggaraan, dan kejurulatihan. Pendapatan atau imbuhan yang ditawarkan juga bukannya sedikit. Sesetengah jawatan boleh memberikan pendapatan sehingga 5 angka sama seperti bidang-bidang kepakaran lain seperti kejuruteraan dan doktor. Oleh itu, sebagai pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, kita seharusnya merebut peluang yang lumayan berkaitan dengan bidang pengajian kita. Kitalah yang sepatutnya bakal menerajui bidang sukan negara kita agar setaraf dengan tahap antarabangsa. Kita seharusnya melakukan suatu anjakan paradigma supaya minda kita sentiasa berkembang untuk bidang sukan yang kita ceburi. Kita harus sentiasa berazam dan berharap agar suatu hari nanti pelajar-pelajar kita bakal menjadi seorang professional dalam bidang sukan seperti jurulatih, pengurus, pengadil, penyelidik sukan, teknikal sukan, dan jawatan-jawatan tinggi dalam bidang sukan seperti yang dibuktikan oleh Sarjan Badrul Hisham Kalam. Walaupun hanya berjawatan rendah di dalam perkhidmatan tentera, namun beliau menjadikan bidang sukan sebagai platform untuk menjadi seorang yang lebih professional dan berjaya. FSR maju 2020!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Badrul jadi pengadil Piala Dunia’ 11 September 2008

No comments: