Saturday, September 6, 2008

Patah tak tumbuh lagi, hilang belum berganti?

NOMBOR SATU DUNIA HAMPIR JINAK

Prestasi Datuk Nicol David sememangnya sentisa berada ditahap yang tinggi dan optimis. Kedudukan beliau sebagai jaguh utama di dalam sukan skuasy memang tidak dapat disangkal. Namun, apa yang membimbangkan kita adalah pembangunan sukan negara kita tidak dapat membantu beliau ataupun mana-mana pemain pelapis untuk terus menguasai sukan tersebut. Hal ini dibuktikan apabila sekelip mata sahaja pemain-pamain eropah dan barat mampu menyaingi Datuk Nicol David dan hampir sahaja beliau kecundang. Bukan salah beliau kerana tidak mempamerkan prestasi yang tinggi, tetapi peningkatan sistem dan keadaan pembangunan fizikal pemain luar semakin cepat dan maju. Sekiranya negara kita tidak bertindak cepat dalam meneliti pembangunan sukan, maka akan terjadilah sekali lagi episod ‘Lagenda yang tiada pengganti’ seperti lagenda bola sepak kita Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Ini kerana, negara kita terlalu mengamalkan sistem bakat baru dan bukannya sistem pembangunan fizikal sukan seperti di negara luar. Justeru itu, kita seharusnya menyokong pembangunan sukan secara drastik dan optimis supaya negara kita tidak ketandusan jaguh dunia seperti Datuk Nicol David. Diharap beliau sentiasa berjaya di dalam lapangan sukan skuasy. Syabas!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Nicol nyaris dijinakkan Laura’ 7 September 2008

No comments: