Sunday, October 19, 2008

Jaguh tiada taring..

MANA PERGI JAGUH SEJATI?

Gelaran Datuk yang diberikan kepada Lee Chong Wei ibarat seperti tidak membawa apa-apa erti. Ditambah pula dengan gelaran pemain nombor satu dunia baru-baru ini. Apa sebenarnya yang dimahukan oleh atlit-atlit kita tatkala atlit-atlit dari negara lain sibuk mempertaruhkan diri untuk memartabatkan negara masing-masing. Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah, bukan salah atlit tetapi pihak berwajib seperti kejurulatihan, pengurusan, dan pakar-pakar teknikal kita yang gagal untuk membentuk jati diri para atlit. Atlit terlalu dimanjakan dan aspek-aspek sukan tidak dititikberatkan oleh mereka. Tidak seperti tahun 60an dan 70an, para atlit diterapkan semangat kenegaraan dan berjuang untuk negara. Kadangkala terasa malu untuk menyaksikan atlit-atlit dan pemain-pemain kita beraksi di gelanggang masing-masing kerana ketidaktentuan prestasi. Seharusnya kita sebagai negara yang pesat membangun sudah lama mempunyai atlit-atlit kelas dunia yang ramai dan mampu menempa nama negara di mata dunia. Jaguh kita, Jaguh dunia! Malaysia Boleh!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Tiga jaguh Indonesia menanti laluan Chong Wei di terbuka Perancis’ 15 Oktober 2008

No comments: