Monday, October 6, 2008

Ilmu pencorak sahsiah diri..

KENAPA BELAJAR ILMU YANG SALAH?

Negara dikejutkan dengan kematian sepasang suami isteri akibat daripada menuntut ilmu yang salah disisi agama Islam. Mereka ini bertujuan untuk mencari sesuatu yang pelik seperti ilmu perubatan, ilmu ghaib, dan juga ilmu yang dapat mendekatkan diri dengan Allah. Akan tetapi, panduan yang digunakan adalah tidak tepat dan salah serta melanggar hukum-hukum Islam. Apa yang begitu memelikkan adalah, golongan yang menjadi pengikut ajaran sesat ini adalah golongan professional dari pelbagai bidang. Justeru itu, kita sebagai ilmuan dan cerdik pandai perlu sentiasa berwaspada dengan perkara-perkara sebegini. Tiada ilmu yang benar selain daripada ilmu Allah. Jadi kita sebagai pemangkin generasi akan datang perlu memperkasakan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat supaya kita dapat menghindarkan diri dari ajaran-ajaran songsang ini. Bukan setakat ajaran songsang sahaja, tetapi budaya dan pemahaman yang salah juga perlu dijauhi. Sekiranya ramai golongan cerdik pandai yang terjebak di dalam ilmu-ilmu salah dan sesat ini, maka agama, bangsa, dan negara akan musnah dan tidak bertamadun lagi.

*Sumber daripada Utusan online ‘Rumah upacara pelik sering dikunjungi pengikut’ 6 Oktober 2008

No comments: