Wednesday, July 16, 2008

KEWANGAN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA BOLEH DIJANA

Masalah yang kian runcing kini adalah mengenai isu gaji pemain bola sepak tempatan sukar untuk dijelaskan oleh persatuan bola sepak negeri. Ini berikutan masalah kos perbelanjaan pasukan dan dana yang hanya cukup-cukup untuk sara hidup pasukan itu sendiri. Walaupun dana dan geran yang diberikan oleh kerajaan berjumlah jutaan ringgit, namun peningkatan perbelanjaan pasukan kian bertambah. Seharusnya kita patut mencontohi persatuan-persatuan eropah yang dapat menjana wang persatuan melalui sumber-sumber seperti pelaburan, barang-barang sukan, skim kredit, sewa-beli, gadaian, hartanah, dan akaun-akaun koperasi. Faedah daripada cara tersebut adalah persatuan dapat menjana pelabuaran sendiri dan masyarakat dapat menikmati keistimewaan dari segi dividen dan pengecualian faedah bank. Selain itu, antara perkara positif secara tidak langsung dapat dinikmati persatuan bola sepak adalah penghapusan barang-barang sukan tiruan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Persatuan bola sepak akan menghasilkan barangan mereka sendiri melalui syarikat-syarikat tajaan mereka. Kita mestilah bersikap pro-aktif dalam mempelbagaikan kaedah-kaedah dan konsep-konsep sukan demi memajukan industri sukan Negara kita. Pihak-pihak dan pakar-pakar sukan seharusnya melaksanakan segala ilmu yang ada agar semua pihak mendapat manfaatnya.

*Sumber daripada Utusan online ‘Potong geran gagal bayar gaji tertunggak’ 16 Julai 2008

1 comment:

aiShaH said...

Kalau kita jual cenderahati pasukan nasional.. ada ke rakyat nak beli? Yang menjadi isu, rakyat kita terllau banggakan barangan buatan luar dari Msia. Badan2 sukan kena kreatif dalam menambahkan pendapatan mereka