Sunday, August 10, 2008

Kuah tetap tumpah ke nasi..Fikirkan..

PERSONALITI SUKAN KITA TIADA WIBAWA

Para personaliti sukan kita mempunyai masalah besar dalam mencapai kewibawaan sebenar. Mereka tidak menitikberatkan attitud, kemahiran, dan pengetahuan dalam aspek sukan sebenarnya. Telah banyak usaha dilakukan oleh banyak pihak terutama kementerian, akan tetapi tiada pencapaian yang membanggakan. Hanya segelintir pemain yang beraksi cemerlang. Namun, di sebalik ketidakwibawaan itu, ada pihak yang menyalahkan kehadiran pemain import terutama dalam sukan bola sepak, yang menjadi penyebab kemunduran mutu sukan. Kita harus berfikir mengapa sukan kita tidak bermutu, dan bukan menyalahkan pemain luar. Pemain luar, mereka beraksi cemerlang dan kadang kala, mereka terpaksa mengikut corak pemain tempatan yang kurang bermutu untuk mengimbangi cara setiap pemain. Padahal, mereka mampu untuk beraksi lebih cemerlang daripada yang sedia ada. Kesilapan di sini adalah pemain kita yang tidak belajar dari kualiti dan mutu pemain luar. Ini yang menyebabkan pemain kita seperti tidak belajar apa-apa. Jadi, secara kesimpulannya, personaliti sukan kita perlu berpendidikan sukan, mempunyai attitud sukan, dan mempunyai kemahiran sukan yang berkualiti. Semua ini dapat meninggikan imej dan memajukan industri sukan tanah air. Malaysia Boleh!!!

*Sumber daripada Utusan Online ‘Bola sepak tidak dipengaruhi pemain import’ 5 Ogos 2008

1 comment:

yokohamarinos said...

attitude 2 pnting.. kalo attitude xde... 2 yg mcm2 alasan timbul.. bkn sj pemainan pemain tempatan meningkat dengan kehadiran pemain import, ttp juga jumlah kehadiran penyokong semakin brtambah...