Wednesday, September 15, 2010

Sukan dengan teknik dan cara yang betul akan membina insan.

   Sukan merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan badan dan seluruh anggota pada badan.   Sukan mempunyai banyak kaitan di dalam kehidupan seharian kita.   Akan tetapi, ramai di kalangan kita terlalu mengambil mudah mengenai sukan.   Kita semua tidak sedar yang pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dulu telah menitik beratkan aspek sukan yang betul.   Sebagai contoh, menunggang kuda dan memanah.   Ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna supaya menjadi effektif kepada penunggang dan pemanah ketika di dalam peperangan.   Jadi, hendak diingatkan di sini bahawa kita perlu mempelajari setiap teknik dan cara sukan yang betul supaya ia akan dapat dijiwai dan menjadikan kita seorang yang sangat bermakna untuk Agama, Bangsa, dan Negara.   InsyaAllah...

Wednesday, October 22, 2008

Professionalisma perlu dalam sukan.

BERJUANG KETITISAN DARAH TERAKHIR

Semangat kesukanan yang tinggi di negara eropah dan barat telah lama tersemat. Mereka sanggup bermati-matian berlatih dan berjuang untuk pasukan masing-masing. Walaupun berada ditempat yang tercorot dalam liga atau pertandingan, namun semangat mereka tetap tinggi dan berwibawa. Sikap yang ditunjukkan oleh ahli-ahli sukan eropah dan barat ini telah disebabkan oleh sikap professionalisma. Mereka terlalu professional di dalam hal-hal sukan sehinggakan susah untuk dicari di mana salah dan silap setiap pasukan yang bertanding. Semangat dan professionalisma ini menyebabkan ramai penyokong dan penonton membanjiri stadium-stadium dan arena-arena untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. Justeru itu, kita harus sentiasa berharap dan berusaha agar negara kita mencapai tahap tertinggi seperti itu dan sukan menjadi industri terpenting di negara kita. Sikap professionalisma perlu dipupuk di dalam jiwa ahli-ahli sukan kita agar kita mampu maju kehadapan sama seperti di eropah dan barat. Majulah sukan untuk negara!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Newcastle jadi mangsa pengadil’ 22 Oktober 2008

Sunday, October 19, 2008

Jaguh tiada taring..

MANA PERGI JAGUH SEJATI?

Gelaran Datuk yang diberikan kepada Lee Chong Wei ibarat seperti tidak membawa apa-apa erti. Ditambah pula dengan gelaran pemain nombor satu dunia baru-baru ini. Apa sebenarnya yang dimahukan oleh atlit-atlit kita tatkala atlit-atlit dari negara lain sibuk mempertaruhkan diri untuk memartabatkan negara masing-masing. Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah, bukan salah atlit tetapi pihak berwajib seperti kejurulatihan, pengurusan, dan pakar-pakar teknikal kita yang gagal untuk membentuk jati diri para atlit. Atlit terlalu dimanjakan dan aspek-aspek sukan tidak dititikberatkan oleh mereka. Tidak seperti tahun 60an dan 70an, para atlit diterapkan semangat kenegaraan dan berjuang untuk negara. Kadangkala terasa malu untuk menyaksikan atlit-atlit dan pemain-pemain kita beraksi di gelanggang masing-masing kerana ketidaktentuan prestasi. Seharusnya kita sebagai negara yang pesat membangun sudah lama mempunyai atlit-atlit kelas dunia yang ramai dan mampu menempa nama negara di mata dunia. Jaguh kita, Jaguh dunia! Malaysia Boleh!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Tiga jaguh Indonesia menanti laluan Chong Wei di terbuka Perancis’ 15 Oktober 2008

Mandul?

KEMANDULAN

Kemandulan adalah sesuatu yang sukar di terima oleh semua pihak. Akan tetapi, ada yang masih tidak faham sebab-sebab kemandulan. Kemandulan disebabkan oleh faktor kecacatan sel sperma atau ovul. Jadi, apabila ini berlaku, walaupun pasangan berkahwin tersebut sudah berkahwin lama namun tidak mendapat anak, sebenarnya, itu yang berlaku. Ataupun yang sebenarnya berlaku adalah hormon yang tidak ketentuan. Penggunaan pil perancang kehamilan atau ubat-ubatan yang tidak disahkan doktor juga bole menjadi punca. Jadi, jangan terlalu terpesona dengan penjualan ubat-ubatan di pasaran kerana mungkin tidak sesuai untuk kita. Bagi memastikan kandungan atau bakal kandungan cukup sihat dan baik, perlulah berjumpa dengan pakar sakit puan atau tuan supaya mereka dapat menguji status pasangan. Sekiranya mempunyai masalah yang begitu runcing, maka perlulah segera berjumpa dengan pakar sakit tuan atau puan dan jangan malu untuk bertanya. Anak sihat, mama juga ceria!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Penilaian Kemandulan’ 15 Oktober 2008

Monday, October 6, 2008

Ilmu pencorak sahsiah diri..

KENAPA BELAJAR ILMU YANG SALAH?

Negara dikejutkan dengan kematian sepasang suami isteri akibat daripada menuntut ilmu yang salah disisi agama Islam. Mereka ini bertujuan untuk mencari sesuatu yang pelik seperti ilmu perubatan, ilmu ghaib, dan juga ilmu yang dapat mendekatkan diri dengan Allah. Akan tetapi, panduan yang digunakan adalah tidak tepat dan salah serta melanggar hukum-hukum Islam. Apa yang begitu memelikkan adalah, golongan yang menjadi pengikut ajaran sesat ini adalah golongan professional dari pelbagai bidang. Justeru itu, kita sebagai ilmuan dan cerdik pandai perlu sentiasa berwaspada dengan perkara-perkara sebegini. Tiada ilmu yang benar selain daripada ilmu Allah. Jadi kita sebagai pemangkin generasi akan datang perlu memperkasakan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat supaya kita dapat menghindarkan diri dari ajaran-ajaran songsang ini. Bukan setakat ajaran songsang sahaja, tetapi budaya dan pemahaman yang salah juga perlu dijauhi. Sekiranya ramai golongan cerdik pandai yang terjebak di dalam ilmu-ilmu salah dan sesat ini, maka agama, bangsa, dan negara akan musnah dan tidak bertamadun lagi.

*Sumber daripada Utusan online ‘Rumah upacara pelik sering dikunjungi pengikut’ 6 Oktober 2008

Sunday, October 5, 2008

Inilah sukan Malaysia..

KURA-KURA NAIK PERAHU, PURA-PURA TAK TAHU?

Khabar gembira diterima apabila pemain bola sepak negara kita Zaquan dan Zafuan ditawar untuk beraksi di Liga Slovakia. Ini membuktikan masih ada pemain kita yang berada ditahap yang terbaik. Tetapi, tidak mujarab sekiranya hanya 2 orang sahaja dihantar. Ini kerana, kita bukan sahaja mahu kan pendedahan kepada para pemain, tetapi apa yang dimahukan adalah ilmu pengetahuan serta sistem yang diguna pakai oleh negara-negara eropah. Sekiranya segala aspek pengurusan dan teknikal dapat ditimba dari negara luar yang jauh lebih maju dari kita, maka suatu hari nanti pasti negara kita akan menjadi pasukan yang mampu memberikan saingan kepada dunia. Seperti ulasan daripada pemain negara kita iaitu Zaquan, beliau mengatakan bahawa beliau lebih cenderung untuk mendapatkan ilmu di Slovakia berbanding dengan di Malaysia. Bukan kerana gaji yang lumayan, tetapi corak persembahan dan ilmu bola sepak itu sendiri yang menyebabkan beliau dan abangnya mahu ke sana. Apa pun yang terjadi, negara kita bukan ketandusan ilmu dan kepakaran, tetapi ketandusan nilai-nilai sukan dan sikap setiap individu.

*Sumber daripada Utusan online ‘Slovakia lebih menarik-Zaquan’ 6 Oktober 2008

Sunday, September 14, 2008

Majukan bola sepak!!!

MASIH ADA LAGI PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA YANG HEBAT DI ASIA

Walaupun Piala AFC tidak sehebat Piala-piala di Eropah, namun saingan pasukan-pasukan yang bertanding masih di tahap yang optima. Mana tidaknya pasukan-pasukan seluruh benua Asia bertanding merebut Piala yang paling berprestig bagi kelab-kelab di Asia. Persembahan permainan boleh dikatakan mirip-mirip pasukan-pasukan terhebat Eropah. Apa yang membanggakan adalah pasukan dari Malaysia iaitu Perak dan Kedah telah layak ke suku akhir kejohanan tersebut. Walaupun tidak diletakkan harapan untuk layak ke pusingan seterusnya, namun prestasi dan persembahan pasukan-pasukan ini sangat membanggakan. Pada perlawanan peringkat suku akhir nanti, mereka bakal bertemu dengan pasukan dari negara Arab iaitu Safa FC dari Lubnan dan Muharraq dari Bahrain. Perak akan melayan kunjungan Safa FC di Ipoh manakala Kedah akan berkunjung ke Bahrain. Apa yang diharapkan adalah para pemain tempatan dapat mempamerkan aksi yang terbaik dan bermutu demi maruah pasukan dan negara. Justeru, diharapakan agar pihak berwajib terutama FAM dapat memberikan tumpuan dan perhatian kepada pasukan-pasukan negeri ini agar kita dapat memartabatkan semula bola sepak negara kita. Semoga pasukan Perak dan Kedah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya dan menjadi juara baru di Asia hendaknya. Hidup bola sepak!!!

*Sumber daripada Utusan online ‘Perak ketepi kelebihan gelanggang sendiri’ 14 September 2008